Assalamalaikum.

Maka serahkanlah dirimu hanya kepada Dia sahaja, kemudian maka biarkanlah, tinggalkanlah dan lupakanlah manusia-manusia itu dengan penyembahan selain Dia iaitu menyembah akan diri-diri mereka, makhluk disekitaran mereka, akuan-akuan diri mereka, angan-angan dan cita rasa mereka, ilmu dan amal mereka, dan lagi mereka menyembah puji dan cela, nikmat dan bala bencana, hasil karya-karya dan rekaan-rekaan mereka, publisiti dan maruah mereka, menyembah keturunan mereka, kecekapan, ketangkasan dan kehebatan mereka, pangkat, harta dan makam-makam kerohaniah mereka, dan disembahnya kebun-kebun dan matair-matair dan gedung-gedung dan perhiasan dan pakaian dan kenderaan mereka, dan disembahnya anak-anak dan perempuan-perempuan mereka, dan para penyembah duniawi dan para penyembah ukhrawi dan penyembahan bermacam-macam lagi ribuan tuhan-tuhan sementara yg hissi dan yg maknawi yg silih berganti menjadi penyembahan didalam diri dan didalam kehidupan mereka. Maka binasalah dan matilah roh mereka berserta berhala-berhala alam semesta.

## PERBENDARAAN TAUHID DAN MAKRIFATULLAH